loading...

Takut Dipenjara Jual Rokok Seludup, Peniaga Terjun Jambatan

GEORGETOWN – Seorang peniaga yang bimbang didapati bersalah menjual rokok seludup telah bertindak di luar kewarasan akal manusia apabila bertindak terjun dari jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, di sini, pagi tadi.

 

Sebelum itu, Mohd Sukri Saad, 38, melalui catatan di laman sosial Facebook miliknya menyuarakan kebimbangannya bakal dipenjarakan jika didapati bersalah.

 

Memetik catatan itu lagi, Mohd Shukri mendakwa dirinya sebagai hamba Allah yang terpilih untuk membunuh diri sendiri dengan cara demikian walaupun tindakannya itu bertentangan dengan ajaran Islam.

 

“Aku akan tamatkan riwayat aku…. kerana banyak kali ku bermimpi lemas di lautan…..ku tahu Allah maha mengetahui dan mungkin aku dikalangan hambanya terpilih,” tulisnya.

 

Agama Islam melarang keras umatnya mengambil nyawa sendiri atau membunuh diri dengan apa cara dan atas apa sahaja alasan sekalipun.

 

Dosa membunuh diri dalam Islam adalah tidak terampun dan amat dibenci Allah, dan pelakunya sudah dijanjikan akan dimasukkan ke dalam neraka.

 

Melalui status di Facebooknya itu juga, Mohd Shukri turut berkesempatan menyampaikan ‘ceramah politik’ apabila mengecam kerajaan sebagai zalim dan menyifatkan dirinyaa sebagai mangsa yang tertindas.

 

“Buat Presiden Pas jangan lah tertipu dengan pimpinan Umno, depa wayang jerr kata sokong rang undang undang yang nak di bawa tu agar pembangkang berpecah…. bersatulah kembali menjadi pembangkang yg kuat,” katanya dalam catatan tersebut sebelum cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan II Isharuddin Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.40 pagi.

 

Seramai 12 anggota dari Balai Sungai Bakap bersama Unit Marin telah ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

 

“Kita menemui motosikal yang ditinggalkan mangsa di Kilometer (KM) 11.3 jambatan menghala ke Batu Maung.

 

“Usaha mengesan mangsa di kawasan perairan berdekatan jambatan masih dilakukan bersama anggota Pasukan Polis Marin,” katanya dipetik dari laporan BH. – SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...