loading...

Zaid Ibrahim Tidak Sertai Parti Baharu

SHAH ALAM – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan bahawa beliau tidak akan menyertai parti baharu yang dipimpin oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Pengesahan tersebut dinyatakan sendiri oleh beliau melalui laman sosial Facebook nya semalam.

 

“Tidak, saya tidak akan menyertai parti baru. Pada hemat saya orang Melayu liberal progresif, berhemah pintar, tinggi moral dan yakin,” tulisnya.

 

Selain daripada itu, beliau turut mengingatkan rakyat bahawa orang Melayu tidak memerlukan Umno namun Umno memerlukan orang Melayu demi sokongan kepada parti itu.

 

“Bukan orang Melayu memerlukan Umno, tetapi Umno yang memerlukan Melayu.

Sama lah parti baru,” katanya.

 

Muhyiddin semalam menyerahkan dokumen permohonan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS).

 

Permohonan parti baharu tersebut diserahkan kepada Penolong Pengarah ROS, Rosliza Mahidi.

 

Dalam pada itu, Muhyiddin turut ditemani empat ahli jawatankuasa penaja parti itu iaitu bekas ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin; Presiden Gabungan ketua Cawangan Malaysia (GKCM), Kamarul Azman Habibur Rahman; pemimpin kumpulan belia Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas Ketua Umno Cawangan Bendang Baru, Akhramsyah Sanusi. – Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...