loading...

Video : Tiada Tindakan Polis Terhadap Saya, Cubaan Halang Guling Najib Berjaya Kata Khairul Azwan

PETALING JAYA – “Yang penting, cubaan pihak tertentu untuk mengguling Najib telah berjaya dipatahkan dan saya lakukan kerana kami, Pemuda UMNO bertanggungjawab melindungi parti dan kerajaan,”kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis yang dibuatnya.

 

Katanya, walaupun difahamkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, bahawa siasatan ke atas laporannya tidak akan dibuat, namun beliau menegaskan tiada tindakan yang akan diambil ke atasnya selain menganggap misinya berjaya menghalang cubaan pihak tertentu untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

 

“Ia bukan andaian terhadap laporan polis yang dibuat. Sila rujuk kepada laporan saya. Saya telah membuat laporan polis dan saya telah menyerahkan kepada pihak polis.

 

 

“Berdasarkan kepada keyakinan saya, kepercayaan saya dan saya telah melakukan perkara tersebut untuk minta pihak polis menyiasat,” katanya pada sidang media di Kelana Jaya petang tadi.

 

allowfullscreen="allowfullscreen">

 

Dalam pada itu beliau berkata, jika pihak terbabit cuba membuat serangan ke atas UMNO dan Barsan Nasional (BN), Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri.

 

“Kami ingin berpesan kalau kamu (pihak tertentu) cuba menyerang Najib Razak, bermakna kamu menyerang UMNO dan Barisan Nasional.

 

“Dan apabila kamu menyerang UMNO dan BN, kami akan bangkit membalas. Untuk itu kami akan memastikan tanggungjawab yang diamanahkan ini untuk mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib,”ujarnya.

 

Menjawab kenyataan Ketuanya, Khairy Jamaluddin yang mengatakan apa yang dilakukan olehnya itu adalah atas urusan peribadi, Khairul memberitahu, dirinya adalah Pemuda UMNO yang menjalankan tanggungjawab.

Katanya, mereka semua sama sahaja kerana masih dia bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

 

“Tak perlu dipersoalkan kerana yang penting, saya buat laporan polis atas nama saya sebab mana boleh letak nama Pergerakan Pemuda UMNO,” ujarnya.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...