loading...

Video : Chong Wei Nafi Miliki Aset RM300 Juta

KUALA LUMPUR – Pemain badminton lelaki perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei nafi memiliki nilai aset mencecah RM300 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

 

“Saya tak mungkin ada RM300 juta aset.

 

 

“RM10 juta pun sukar, inikan pula untuk memiliki aset sedemikian. Kalau saya ada wang sebanyak itu lebih baik saya duduk di rumah sahaja dan berhenti main badminton,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

 

 

Beliau menyangkal dakwaan sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, yang mendakwa kekayaannya, kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

 

 

Terdahuu, menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Wei pada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

 

 

 

Chong Wei juga didakwa memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur, selain didakwa turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur dan banyak lagi aset kekayaannya yang dapat disenaraikan hampir RM300 juta.-SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...