ISTANBUL – Cubaan rampasan kuasa untuk menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada 15 Julai lalu mengakibatkan Turki mengalami kerugian sebanyak 300 bilion lira (RM404 bilion).
Akhbar Hurriyet memetik Menteri Perdagangan, Bulent Tufenkci sebagai berkata, jumlah kerugian kemungkinan akan meningkat lagi tapi menegaskan ekonomi Turki masih berada dalam keadaan kukuh.
“Jet pejuang, helikopter, senjata, bom dan bangunan semuanya berjumlah 300 bilion lira (RM404 bilion),” katanya, merujuk kepada kemusnahan besar ketika malam kejadian cubaan rampasan kuasa itu.
Bagaimanapun, Bulent memberi peringatan agar keseluruhan gambaran perlu dilihat dalam konteks jangka sederhana walaupun beberapa pelabur telah menarik diri.
“Pelabur ini tidak datang lagi ke sini selepas imej mendedahkan kereta kebal berada di atas jalan raya dan Parlimen dijadikan sasaran bom,” katanya. – AFP
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW