loading...

Presiden Ukraine Lawat Malaysia Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia bermula esok hingga Jumaat, yang juga lawatan peringkat tertinggi pertama dalam sejarah hubungan dua hala kedua-dua negara.

 

Menurut kenyataan laman web rasmi presiden, ketua negara Ukraine itu dijadual bermesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan wakil pemimpin Malaysia yang lain.

 

Selepas lawatan ke Malaysia, Poroshenko yang mengambil alih jawatan pada 4 Jun 2014, akan meneruskan lawatan rasmi ke Indonesia dari 5 hingga 7 Ogos dan dijadual mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya Presiden Indonesia, Joko Widodo, Speaker Majlis Perwakilan Rakyat, Ade Komarudin dan Ketua Kesultanan Yogyakarta.

 

Dalam dua rangka lawatan berkenaan, forum perniagaan akan turut diadakan. Kedua-dua pihak dijangka menandatangani siri dokumen dua hala yang bertujuan untuk meningkatkan kerjasama. – Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...