loading...

PM Ucap Tahniah Kejayaan Pandelela, Jun Hoong Raih Pingat Pertama

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada atlet terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, awal pagi tadi.

 

“Pingat pertama negara! Bangga dengan kejayaan @Pandelela_R dan Cheong Jun Hoong! Tahniah! #Rio2016 #MAS #Olympics,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di laman Twitter rasminya, hari ini.

 

Pandelela dan Jun Hoong memenangi pingat pertama

negara menerusi acara terjun 10m platform seirama di Pusat Akuatik Maria Lenk di Rio de Janeiro.

 

Gandingan penerjun negara mengumpul 344.34 mata untuk pingat perak di belakang gandingan China yang merangkul emas dengan 354 mata manakala Kanada meraih gangsa dengan 336.18 mata.

 

Seramai 32 atlet negara layak ke Sukan Olimpik 2016 yang bermula Jumaat lepas hingga 21 Ogos ini. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...