KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menyatakan komitmen untuk hadir demonstrasi #TangkapMO1 membatalkan hasrat tersebut pada saat akhir.
Portal Malaysiakini dalam laporannya yang memetik sumber rapat dengan bekas Perdana Menteri itu memberitahu Tun Mahathir tidak dapat hadir kerana ada urusan lain.
“Beliau tidak dapat datang kerana terpaksa ke Langkawi pada saat-saat akhir,” kata sumber yang dipetik portal tersebut.
Setakat ini kehadiran peserta di himpunan tersebut dianggarkan kurang dari 1,000 orang berbanding sasaran awal 5,000 peserta dijangkakan hadir.
Dikalangan sesetengah petugas media membuat spekulasi ketiadaan Tun Mahathir di himpunan kali ini mungkin disebabkan kehadiran peserta yang tidak ramai.
“Tak nampak bayang Tun, tak (jadi) datang orang tak ramai, kalau ramai dia yang awal tak sabaq (sabar) nak berucap,” ulas seorang rakan media secara berseloroh.
Dalam dua demonstrasi jalanan Bersih 4 dan Anti GST sebelum ini Tun Mahathir membuat kejutan hadir dan turut berucap kepada peserta dengan menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selama 22 tahun mentadbir negara ini, Tun Mahathir cukup konsisten dengan pendirian menolak penganjuran demonstrasi jalanan kerana dibimbangi merosakkan ketenteraman awam dan ekonomi negara.
Pendirian itu bagaimanapun berubah apabila beliau memulakan gerakan untuk menggulingkan Najib. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW