loading...

Kurang 1,000 Hadir Demonstrasi TangkapMO1

KUALA LUMPUR – Demonstrasi jalanan #TangkapMo1 yang berlangsung hari ini merekodkan kehadiran yang agak kurang berbanding beberapa demonstrasi lain sebelumnya.

 

Sehingga kini dianggarkan sekitar 500 hingga 600 peserta hadir dengan rata-ratanya merupakan penyokong DAP, PAN dan PKR serta segelintir pelajar universiti pro pembangkang.

 

Memetik laporan FMT, di luar kompleks membeli belah Sogo kira-kira 350 orang berkumpul bersama beberapa wakil pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

 

Keadaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman juga dilaporkan terkawal.

 

Portal sama melaporkan di Masjid Negara terdapat sekitar 200 orang peserta berkumpul bersama beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

 

Manakala portal Malaysiakini melaporkan terdapat 300 orang berkumpul di tempat yang sama.

 

Tindakan PAS yang sebelum ini enggan terlibat dalam demonstrasi tersebut dipercayai antara punca demonstrasi kurang sambutan.

 

Terdahulu, penganjur menjangkakan 5,000 orang akan hadir demonstrasi tersebut. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...