KUALA LUMPUR – Di tengah kesesakan himpunan #TangkapMalaysiaOfficial1 (#TangkapMO1) di Dataran Merdeka ada segelintir peserta yang mengikuti himpunan itu memburu Pokemon Go.
Tinjuan Sinar Online mendapati, para peserta tidak menghiraukan keadaan semasa di Dataran Merdeka bagi memburu permainan itu.
“Ada banyak karekter Pokemon di Dataran Merdeka, Pokestop pun banyak. Sambil dengar ceramah boleh juga tangkap Pokemon,” tutur seorang peserta yang bermain permainan itu kepada Sinar Online.
Perhimpunan bertemakan hitam dan putih ini mengambil tempat di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, termasuk Masjid Negara dan pekarangan Kompleks Beli-belah Sogo dan Dataran Merdeka menjadi pusat utama berkumpul.
Perhimpunan aman ini dikatakan bermula jam 2 petang ini dijangka tamat jam 5 petang. – Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW