PETALING JAYA – Bersih 2.0 akan menganjurkan perhimpunan aman Bersih 5 untuk mendesak penyelesaian segera terhadap isu yang melibatkan syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia susulan pendedahan yang dibuat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) tentang dakwaan penyelewengan wang yang berlaku melibatkan syarikat tersebut.
Bagaimanapun, tarikh, masa, tempat serta bentuk perhimpunan yang akan dibuat masih belum ditetapkan dan akan diumumkan kelak.
“Ketika ini tumpuan adalah untuk menggerakkan usaha membangkitkan kesedaran rakyat secara menyeluruh terhadap impak skandal 1MDB ini kepada negara sebelum perhimpunan diadakan,” kata pengerusinya Maria Chin Abdullah.-Awani
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW