loading...

Samsung Galaxy Note 7 Dilengkapi Pengimbas Mata

KUALA LUMPUR – Hari ini pengeluar telefon bimbit gergasi dunia, Samsung Electronics Co. Ltd., melancarkan telefon pintar Galaxy Note terbaru mereka, iaitu Note 7.

 

Telefon ini mempunyai inovasi terbaharu dengan mempunyai pengimbas mata bagi tujuan sekuriti berasaskan biometrik tambahan yang lebih pantas jikalau dibandingkan dengan penggunaan pengimbas cap jari.

 

Selain itu, Note 7 juga hadir dengan sokongan kalis air, membolehkan pengguna menggunakannya sehingga 5 kaki dalam selama 30 minit.

 

Rekaannya juga berasaskan kaca pada bahagian hadapan dan belakang. Skrin hadapannya melengkung pada bahagian kiri dan kanan.

 

Ini membolehkan pengguna menambah akses pantas melalui Edge Panel – seperti pada Galaxy S7 Edge. Namun, peratusan ia melengkung adalah agak kurang jikalau dibandingkan dengan peranti versi Edge.

 

Samsung Note 7 menggunakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi Quad HD.

 

Selain itu, telefon itu menjana peranti ini adalah cip pemprosesan Exynos dan juga Snapdragon dengan menggunakan memori 4GB RAM, dan hadir dengan ruangan storan paling minima bermula daripada 64GB.

 

Di Malaysia, Note 7 akan dijual pada harga RM3,199 bermula daripada 19 Ogos ini. – Kosmo!



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...