PUTRAJAYA – Malaysia menduduki kerusi Presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Ogos 2016 berkuat kuasa 1 Ogos.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini berkata ini kali kedua Malaysia menjadi Presiden Majlis Keselamatan sejak dipilih menjadi anggota tidak tetap bagi penggal 2015-2016.
Sewaktu tempoh menjadi presiden, Wisma Putra berkata Malaysia bercadang mengadakan Debat Terbuka Majlis Keselamatan mengenai isu Kanak-kanak dan Konflik Bersenjata (CAAC) pada 2 Ogos.
Setiausaha Agung PBB
Pada Debat Terbuka itu, anggota PBB dijangka memberi penerangan mengenai pencapaian dalam meningkatkan perlindungan kanak-kanak dalam konflik bersenjata dan cara menangani cabaran yang berterusan, termasuk pelanggaran hak kanak-kanak oleh kumpulan bersenjata bukan anggota, katanya. – BERNAMA
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW