BANGKOK — Dua lelaki mendakwa dipukul di pusat karaoke di Chiang Mai malam kelmarin kerana tidak tahan mendengar suara mereka yang sumbang ketika menyanyi.
Dua ejen pelancongan itu, yang tidak dinamakan, membuat aduan polis pukul 2 pagi semalam selepas mendakwa dipukul sekumpulan lelaki di sebuah pusat karaoke di Jalan Wiang Ping.
Mereka mendakwa penyerang-penyerang berkenaan pekerja di pusat hiburan berkenaan. Motosikal mereka berdua turut dirosakkan tanpa sebab, lapor portal Coconuts Bangkok.
Mangsa kemudian melarikan diri dan dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum membuat laporan polis, portal itu memetik media tempatan Sanook.
Mangsa menafikan ada ketegangan antara mereka dengan penyerang tetapi menduga kumpulan lelaki itu sakit hati kerana mereka menyanyi dalam nada yang tinggi. – MalayMail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW