loading...

KLI Hotel Tawar Baucer ‘1 Percuma 1’ Untuk Buffet Ramadhan

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 
Sempena Ramadhan 2016, Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) menawarkan baucer 1 percuma 1 untuk buffet Ramadhan pada kali ini.

 

Sehubungan itu, pihak KLI turut menawarkan baucer 2 percuma 1 dimana orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran baucer percuma sekali gus dapat menikmati buffet Ramadhan bersama keluarga tersayang.

 

Dengan buffet yang menepati citarasa, KLIH yang menyediakan hidangan berbuka puasa ini mengutarakan masakan Melayu sejati atau sajian traditional dari hari pertama Ramadhan sehingga menjelang hari raya.

 

Antara hidangan yang menjadi tarikan di KLIH iaitu 30 jenis kerabu, 15 jenis sambal, dan 5 jenis sup setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Tambahan pula, hidangan buffet ini turut menyajikan Murtabak, Lok-lok, Ikan Bakar, disamping tidak melupakan hidangan makanan goreng panas yang mengetengahkan masakan tradisional serta juadah istimewa.

 

Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sagu Gula Melaka, Agar-agar campur, Tapai, Lopis, ‘hot plate’ dan ubi rebus turut menjadi tarikan sajian tradisional di sini.
Hidangan popular di bulan Ramadhan ini sudah tentunya menjadi tarikan kepada peminat setia masakan kampung. Untuk tempahan hubungi KLIH di talian : 03-26978833/016-2108833/016-9108831, atau layari www.klitel.com.my atau terus ke http://ift.tt/1VvqIOZ SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...