loading...

Pesawat SIA Terbakar Ketika Mendarat Cemas

SINGAPURA – Pesawat Singapore Airlines (SIA) dalam penerbangan ke Milan terbakar ketika membuat pendaratan cemas di republik itu. Penerbangan SQ368 itu meninggalkan Lapangan Terbang Changi pada jam 2.05 pagi tadi.

 

Kira-kira dua setengah jam kemudian, pesawat Boeing 777-300ER itu terpaksa berpatah balik ke Singapura disebabkan kebocoran minyak. SIA, dalam kenyataan, menyatakan enjin kanan pesawat itu terbakar selepas ia mendarat kira-kira jam 6.50 pagi.

 

“Api berjaya dipadamkan perkhidmatan kecemasan lapangan terbang dan semua 222 dan 19 kru tidak mengalami sebarang kecederaan,” menurut kenyataan itu.

 

Seorang penumpang, Lee Bee Yee, yang berada dalam penerbangan itu dengan suaminya, memberitahu Channel NewsAsia pesawat itu mengalami kebocoran minyak kira-kira tiga jam selepas berlepas dari Singapura.

 

“Saya dapat hidu bau minyak. Juruterbang memberitahu akan berpatah balik kerana enjin sebelah kanan mengeluarkan minyak.

 

“Kapten berkata mereka tidak dapat menghidupkan enjin itu atau pesawat akan bergegar. Mereka tidak boleh terbang ke Milan dalam keadaan itu dan terpaksa berpatah balik,” katanya.

 

Beliau berkata, selepas mendarat di Singapura kira-kira jam 7.00 pagi waktu tempatan, penumpang bersorak dan bertepuk tangan.

 

Kemudian, ada letusan dan ‘api besar’ pada sayap kanan pesawat.

 

“Ia adalah penantian selama lima minit yang memeritkan untuk pasukan bomba tiba bagi memadamkan kebakaran itu.

 

“Apabila pasukan bomba tiba, mereka menyembur busa dan air ke arah pesawat dan memadamkan api,” katanya.

 

Semua penumpang dipindahkan dan dihantar ke terminal lapangan terbang dengan bas.

 

Mereka diberi pilihan menangguhkan penerbangan atau menggunakan penerbangan lain. – Agensi



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...