loading...

Harga Minyak Bulan Julai Naik Lima Sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan Diesel masing-masing naik sebanyak 5 sen seliter bagi Julai 2016, berbanding bulan sebelumnya.

 

Harga baru bagi ketiga-tiga bahan api itu ialah RM1.75 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter untuk RON97 manakala diesel dijual pada RM1.60 seliter mulai 12.01 tengah malam ini.

 

Pada Jun, RON95 berharga RM1.70 seliter, RON97 (RM2.05) manakala Diesel (RM1.55).

 

Bermula Julai 2015, tiada lagi notis pemberitahuan awal mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

 

KPDNKK hanya akan memaklumkan harga runcit RON95, RON97 dan Diesel sama ada kekal, naik atau turun untuk bulan berikutnya kepada Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada setiap hujung bulan. – HMetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...