loading...

Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon

Tidak dapat dinafikan, apa saja yang dilakukan oleh pelakon wanita dan pengacara ini pastinya menarik minat masyarakat sekeliling untuk mengetahui lebih mendalam. Kini setelah berhijrah dan juga sudah membeli rumah baru, ada khabar yang mengatakan Neelofa bakal mendirikan rumah tangga.

BACA: Kerana Perubatan Islam, Peminat Neelofa Berbalah

Tidak mahu terburu-buru atau pun melatah dengan pertanyaan yang seringkali dipersoalkan kepadanya, Neelofa menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan.

“Yang pasti, saya sudah bersedia. Cuma dalam hal ini, saya tidak pernah menunggu, tak tergesa-gesa dan terfikir tentang siapakah calon yang sesuai. Dalam hal ini, ‘senjata’ saya hanya doa”

“Jodoh itu masih lagi rahsia-Nya dan saya percaya kalau niat kita baik, pasti akan dipermudahkan segala-galanya. Jadi sekarang ini, tunggu sajalah. Nak cakap lebih-lebih pun payah,” kata Neelofa kepada Utusan Online.

Bagaimanapun menurutnya lagi, rumah yang dibeli bersama kakaknya, Nabila, tidak ada kena mengena dengan kesediannya untuk berkahwin. Namun Neelofa dalam masa yang sama tidak menolak kemungkinan jodohnya merupakan individu yang dekat dengannya. (rtky/s)

7- Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon - ROTIKAYA 6- Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon - ROTIKAYA 5- Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon - ROTIKAYA 4- Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon - ROTIKAYA 2- Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon - ROTIKAYA 1- Sudah Bersedia Berkahwin, Neelofa Tunggu Calon - ROTIKAYA

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...