GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebaik habis mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri di Komtar tadi.
Guan Eng dibawa sepasukan anggota penguatkuasa SPRM ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki kereta milik kerajaan negeri.
Sebelum ini, Guan Eng telah dipanggil memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang bagi membantu siasatan terhadap kes pembelian banglonya di Jalan Pinhorn yang mencetuskan kontroversi setelah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen
Selain itu, difahamkan penahanan Guan Eng itu berkemungkinan berkait dengan isu banglo terbabit.
Bagaimanapun, dalam usaha menahan Ahli Parlimen Bagan itu, pihak SPRM telah mengambil tindakan dan bekerjasama dengan pasukan polis yang turut kelihatan di sekitar pekarangan Komtar.
Kehadiran anggota polis itu difahamkan bagi menjaga ketenteraman dan mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku. – Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Pemuda Bersatu Gesa Anwar Batalkan Cuti Rafizi ...

Majlis Kahwin Anak Pengasas Dnars Dipuji Ramai, Te ...

United Bawa Bekalan Selesa Ke Separuh Akhir Kedua ...

#autoshanghai2025: Kenapa Rekabentuk Chery Tiggo 9 ...