loading...

Hanez Suraya Buat Persediaan Berhenti Berlakon?

Kalau diikutkan sudah agak lama tidak lihat beliau berlakon di kaca televisyen, dan pada ketika ini Hanez Suraya akui sudah mempunyai perancangan untuk beralih ke bidang perniagaan sebagai persediaan untuk meninggalkan dunia seni. Malah, hasratnya itu turut mendapat sokongan suami tersayang selepas kira-kira dua tahun beliau berehat.

BACA: Hanez Suraya Bengang Nama Diguna Jual Lesen Terbang

“Sebagai isteri, saya akur kehendaknya untuk memberi perhatian kepada keluarga terutama sejak Putri Aleesya dilahirkan. Ikutkan memang rindu mahu kembali berlakon tetapi mengenangkan anak yang masih kecil, hasrat itu saya lupakan. Walaupun ada pembantu, hal berkaitan anak saya mahu lakukannya sendiri dan mengikuti perkembangannya”

“Cuma saya tidak mahu cakap akan bersara sekarang kerana takut nanti apabila tiba-tiba ada tawaran berlakon dan saya menerimanya pula. Mungkin apabila anak saya sudah besar sedikit, saya boleh pertimbangkan soal kembali berlakon. Tetapi sekarang, biarlah saya berkorban dulu,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung perkara itu.

Pada masa yang sama, Hanez turut mendedahkan bahawa niat untuk menceburi bidang perniagaan sudah lama difikirkan walaupun rezekinya bermula didalam bidang seni. Tambahnya, kerana sikapnya yang tidak gemar menunggu duit suami untuk berbelanja membuatkan beliau merasa untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai pendapatan sampingannya. (rkty/w)

1- Hanez Suraya Bersedia Untuk Berhenti Berlakon? - jpeg 2- Hanez Suraya Bersedia Untuk Berhenti Berlakon? - jpeg 4- Hanez Suraya Bersedia Untuk Berhenti Berlakon? - jpeg 5- Hanez Suraya Bersedia Untuk Berhenti Berlakon? - jpeg 6- Hanez Suraya Bersedia Untuk Berhenti Berlakon? - jpeg 7- Hanez Suraya Bersedia Untuk Berhenti Berlakon? - jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...