Setelah sekian lama berteka teki mengenai status hubungannya dengan Shahir AF, akhirnya Erra Fazira membuka mulut dengan mendedahkan hubungan istimewa yang terjalin diantara beliau dan bekas juara Akademi Fantasi musim kelapan itu. Bukan itu sahaja, malah akui Erra lagi, hubungan cinta mereka itu turut mendapat restu dari pihak keluarga Shahir.
BACA: Erra Fazira Nafi Bertunang Dengan Shahir AF Lepas Raya
“Sebenarnya, dia yang patut membuka mulut dalam perkara ini kerana dia lelaki. Tetapi, setelah dia menyatakan perkara sebenar mengenai perhubungan kami bermakna dia benar-benar serius. Saya tidak mahu tergesa-gesa membincangkan soal berumah tangga kerana ianya masih terlalu awal buat kami dan belum lagi memasuki fasa seterusnya”
“Saya belum lagi memberitahu ibu saya mengenai perhubungan ini. Insya-Allah, kalau ada jodoh dengan dia, saya juga mengharapkan perkahwinan kali ini adalah yang terakhir dan akan kekal selamanya,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung dakwaan orang ramai mengenai hubungan cintanya yang menjadi teka teki selama ini.
Bagaimanapun, Erra sekali lagi menafikan spekulasi orang ramai yang mengatakan mereka bakal melangsungkan perkahwinan selepas sambutan Aidilfitri nanti. Pada masa yang sama, Erra turut menafikan dirinya bersikap berdolak-dalik mengenai hubungan cintanya, serta desas-desus mengenai penetapan tarikh untuk hari perkahwinan mereka.
Terdahulu, Shahir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya kini sedang rapat dengan Erra serta mengakui beliau seorang yang istimewa. Dakwaan itu sekaligus membuatkan Erra merasa lega kerana tidak lagi perlu menanggung beban untuk menjawab pertanyaan orang ramai selepas Shahir sendiri telah mengakui tentang hubungan mereka. (rkty/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW