KUALA LUMPUR – Mantan Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau serta Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak membuat sebarang kata putus dalam menyertai mana-mana parti setelah mereka disingkirkan dari UMNO jumaat lalu.
Menurut beliau, sebarang keputusan yang akan dibuat perlu dikaji terlebih dahulu dan perbincangan dengan beberapa pihak akan dilaksanakan bagi memutuskan haluan politik mereka pada masa hadapan.
“Ramai membuat tawaran secara tidak rasmi untuk kami menyertai parti politik sedia ada atau buat platform baharu, tapi semua itu mesti diteliti secara mendalam.
“Ini keputusan sangat besar dalam sejarah hidup kami, kami mempunyai hasrat dan niat untuk membantu mengatasi krisis kepemimpinan sedia ada,” katanya ketika sidang media tadi.
Tan Sri Muhyiddin berkata mereka sudah tidak mempunyai sebarang platform lagi dalam bidang politik selepas pemecatan mereka dan tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana parti politik lain.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyifatkan sebarang keputusan yang dibuat selepas ini adalah besar dalam hidup mereka dan tidak menyangka akan hal ini.
“keputusan yang akan dibuat oleh kami selepas ini adalah besar dalam sejarah hidup kami kerana ia tidak pernah termimpi oleh kami,” ujarnya. -SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW