Suami mana yang tidak gembira apabila isteri memberi kebenaran untuk bermadu, namun bagi pelawak Ajak Shiro, dia menolak dengan baik peluang yang diberikan isterinya itu.
BACA: Ajak Shiro Jadi Ultraman Tunai Hajat Pesakit Kanser
“Orng rumah (isteri) pernah menyuarakan hasrat memberikan kebenaran kepada saya menambah cawangan (isteri), namun saya berpendapat, kesempurnaan yang dicari pada seorang wanita sudah saya temui. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk berkahwin satu lagi”
“Tipulah sekiranya saya tidak punya keinginan untuk berkahwin lain, namun saya perlu berhati-hati, adakah wanita yang bakal saya kahwini itu menyayangi seikhlas hati seperti isteri dan bukan bersandarkan populariti semata-mata”
Sudah menjadi lumrah, apabila dilarang, kita terasa seperti ingin melanggar perkara itu. Jadi apabila diberikan lampu hijau, keinginan itu hilang pula,” jelas Ajak kepada BH Plus.
Ajak dan isterinya, Nur Afifah Amin sebelum ini sememangnya menjadi perhatian peminat dan pengikut laman Instagram mereka kerana sering bercerita tentang kemanisan rumah tangga mereka. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus bahagia hingga ke Jannah. (rtky/s)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW