ITALI menamatkan cabaran Sepanyol di Euro 2016 selepas menang 2-0 untuk mara ke suku akhir di Stade de France.
Sepanyol menewaskan Itali pada 2008, sebelum membenam mereka 4-0 dalam aksi final Kejohanan Eropah edisi yang lepas. Kali ini, La Roja gagal mengulangi kejayaan itu.
Itali menguasai perlawanan di babak pertama perlawanan, namun penjaga gol David de Gea mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya menyelamat tandukkan Graziano Pelle dan menampan keluar rembatan Emanuele Giaccherini.
Skuad Azzuri akhirnya berjaya membuka jaringan pada minit ke-33 menerusi pertahanan Giorgio
Anak buah Vicente del Bosque kembali mengatur serangan ke arah Itali, namun gagal menembusi benteng pertahan Itali.
Bersambung di babak kedua, penjaga gol Gianluigi Buffon berjaya menyelamatkan peluang yang dihasilkan oleh Gerard Pique pada minit terakhir perlawanan sebelum Pelle menggandakan jaringan dalam masa kecederaan menerusi taktikal serangan yang merbahaya.
Selepas menewaskan Sepanyol di pentas utama buat pertama kali sejak 1994, Itali bakal berdepan juara dunia Jerman di Bordeaux pada Sabtu. – Awani
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Jpn Selangor Permudah Proses Ganti Dokumen Mangsa ...

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri ...

Sos Tiram : Kegunaan Dan Jenama Popular Di Pasaran ...

Dah Putus Ke? Tiada Gambar Bersama, Netizen Persoa ...