Mohd Redha Rozlan yang menyertai program hiburan sukan televisyen Jepun, Sasuke Việt Nam atau lebih dikenali sebagai ‘Ninja Warrior’, mengagumkan banyak warga Internet dari Malaysia.
Pegawai Teknologi Maklumat (IT) itu melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.
Karyawan kelahiran Pahang ini, yang dikenali sebagai ‘Mat Redho’ dalam akaun Facebooknya, menyiarkan temu bual dan persembahannya dalam program itu pada Isnin, yang disiarkan saluran Vietnam VTV3 melalui https://www.youtube.com/watch?v=1DyvnvwR_-g.
Mohd Redha, yang berpasangan dengan pelakon Erin Malek dalam program Fear Factor Malaysia pada 2014, mencatat 20,105 penonton melalui video sepanjang 2.47 minit itu.
Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris Viet Nam News (VNS), Sasuke, program hiburan sukan itu berasal dari Jepun dan memulakan musim keduanya di Việt Nam pada 19 Mei.
Menurut akhbar itu,
Peserta dikenakan temuduga atau uji bakat dan pusingan percubaan diadakan bagi menguji kemampuan mereka dari segi fizikal sebelum menyenaraipendekkan hanya 100 peserta.
Katanya, Sasuke menyediakan empat peringkat yang berbeza dari segi tahap kesukaran, manakala peserta perlu melepasi sesuatu peringkat sebelum layak ke peringkat seterusnya dan setakat ini Sasuke disiarkan di hampir 200 negara.
Peserta perlu melepasi rintangan seperti Jambatan Pusing, Memanjat Tali, Lompat Berhalang, Salmon Ladder serta Spider Flip dan Dodging Hammer untuk sampai ke puncak menara dikenali sebagai Midori-yama dalam tempoh ditetapkan, lapor akhbar itu. – Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin ...

Syafiq Kyle Gembira Orang Ramai Jadikan Contoh Ber ...

Bukan Negaraku Tapi Allah Lanjutkan Usia Sultan, L ...

Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights, Agong ...