loading...

Video : Keputusan Pecat Mukhriz, Muhyiddin Tepat – Ahmad Razif

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menyifatkan tindakan pemecatan kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan satu keputusan tepat.

 

Beliau berkata, Umno wajar membuat keputusan itu apatah lagi jika ia melibatkan soal disiplin dalam parti, demi menjaga kehormatan organisasi itu.

 

“Tindakan pemecatan menjadi adat kepada mana-mana institusi ataupun mana-mana kesatuan kalau dia melanggar peraturan. Itulah tindakan yang perlu dikenakan.

 

“Saya bagi pihak badan perhubungan Terengganu menyokong penuh dengan tindakan yang telah diambil kerana sekarang ini kita tidak boleh memikirkan kepada individu, tetapi memikirkan kepada organisasi. Kalau daripada segi untuk memastikan kehormatan organisasi itu tinggi, maka tindakan-tindakan disiplin perlu dilaksanakan,”katanya.

 

Terdahulu, pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz sebagai anggota Umno kerana pelanggaran disiplin serta penggantungan keahlian Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 

Ditanya mengenai tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said mengemukakan cadangan usul undi tidak percaya terhadapnya, beliau berkata, tindakan itu masih belum diputuskan lagi.

 

“Tentang Ahmad Said itu terpulanglah. Itu belum difikirkan lagi. Kes ini belum lagi kita tentukan. Itu kita serahkan kepada badan disiplin Majlis Tertinggi Umno untuk membuat keputusan,”katanya.

 

Dalam perkembangan lain, beliau sangat berpuas hati dengan sambutan berbuka puasa yang dilaksanakan di astaka Tasik Titiwangsa, semalam.

 

Megulas mengenai program itu, ia merupakan satu transformasi apabila seramai 10 ribu hadir memeriahkan majlis tersebut.

 

Katanya, selepas ini Persatuan Anak-anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (PESAT) dan NGO Anak Terengganu, akan melaksanakan majlis yang sama seperti itu bagi sambutan Aidilfitri.

 

“InshaAllah kalau begini keadaannya kerajaan negeri bersetuju akan mengadakan program ini setiap tahun. Ini dalam masa yang sama untuk mengeratkan hubungan, dalam masa yang sama kita juga akan memastikan kebajikan anak Terengganu di perantauan ini juga tidak ketinggalan dan diberikan insentif dan juga kebajikan yang disediakan oleh kerajaan Terengganu,”katanya.

 

Pihaknya juga akan melaksanakan program seumpama itu di zon-zon yang lain (Zon selatan dan Utara) yang dikenalpasti oleh PESAT untuk diberikan bantuan yang sewajarnya.

 

Selain itu, beliau berkata seramai 1,399 anak terengganu termasuk Transformasi Orang Muda (TOM) seramai 676 akan menerima bantuan dana raya.-SuaraTV

 

Video menyusul.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...