loading...

Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan

Bagi mencegah daripada kemungkinan buruk yang boleh berlaku, pasangan selebriti Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos mengambil pendekatan untuk tidak berjumpa antara satu sama lain selama sebulan. Ezzaty berkata, dalam hal ini ibu dan neneknya banyak memberikan nasihat bagaimana untuk mengekalkan perkahwinan yang baik.

BACA: Gambar Pra Perkahwinan Azwan Kombos Dan Ezzaty Abdullah

“Kata orang, tidak elok berjumpa selalu ketika darah manis dan saya sendiri memang mahu mengelakkan kami daripada berjumpa pada saat-saat akhir sebelum dinikahkan. Maklumlah, dalam masa terbabit macam-macam boleh jadi kalau jumpa selalu. Jadi, kami mahu elakkan sebarang perkara buruk yang mungkin boleh terjadi”

“Saya rasa, apabila orang tua memberi nasihat mengenai tips perkahwinan, kita perlu mengambil ilmu itu dengan serius kerana mereka lebih tahu mengenai asam garam rumah tangga. Saya harap segala nasihat yang diberi dapat saya laksanakan dengan baik,” katanya kepada Berita Harian Online berhubung persiapan perkahwinan mereka.

Pasangan sama padan ini bakal bernikah pada bulan Syawal nanti di kediaman keluarga Ezzaty di Pahang, manakala majlis pernikahan pula akan berlangsung disebelah pagi dan diikuti dengan majlis persandingan. Sementara itu keesokan harinya, akan diadakan pula majlis resepsi bagi meraikan pernikahan mereka di Kuala Lumpur. (rkty/w)

2- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 3- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 4- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 5- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 6- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg 7- Ezzaty Abdullah Elak Jumpa Tunang Selama Sebulan - jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...