loading...

Siti Nurhaliza Bakal Ke Mekah Tunai Umrah

Selepas beberapa selebriti lain berangkat ke tanah suci, kini giliran Datuk Siti Nurhaliza pula merancang untuk menunaikan umrah pada hujung bulan ini. Pada masa yang sama, Siti turut meluahkan rasa syukur kerana berkesempatan beribadah ke tanah suci pada Ramadhan kali ini.

BACA: Siti Nurhaliza Teringin Jual Kuih Depan Rumah

“Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi mendapat peluang untuk menunaikan Umrah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Insya-Allah, saya bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 25 Jun ini dan pulang semula di Malaysia pada 4 Julai, dua hari sebelum sambutan Hari Raya”

“Selepas bergelar isteri, adalah menjadi impian saya untuk menunaikan ibadah Umrah pada setiap kali tibanya bulan Ramadan. Tahun ini saya sekali lagi diberi kesempatan untuk menjadi tetamu Allah untuk menunaikan umrah di Mekah,” katanya kepada portal Astro Gempak berhubung hasratnya untuk beribadah disana.

Sementara itu, Siti yang sebelum ini pernah memaklumkan untuk berehat dari aktiviti seni pada bulan puasa ini ingin mengambil peluang di bulan yang penuh mulia ini untuk menumpukan perhatian kepada amal ibadah. Lebih-lebih lagi apabila beliau berpeluang menjejakkan kaki sekali lagi ke Mekah pada tahun ini. (rkty/w)

1- Siti Nurhaliza Bakal Ke Mekah Tunai Umrah - jpeg 2- Siti Nurhaliza Bakal Ke Mekah Tunai Umrah - jpeg 3- Siti Nurhaliza Bakal Ke Mekah Tunai Umrah - jpeg 4- Siti Nurhaliza Bakal Ke Mekah Tunai Umrah - jpeg 5- Siti Nurhaliza Bakal Ke Mekah Tunai Umrah - jpeg 6- Siti Nurhaliza Bakal Ke Mekah Tunai Umrah - jpeg

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...