loading...

Anda Rancang Nak Balik Kampung Dengan Bas Ekspres? Ini 8 Tips Beli Tiket Bas Cara ‘Selamat’

Tips Beli Tiket Bas 

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi, saya ingin kongsikan beberapa tips untuk para perantauan yang menggunakan bas ekspres untuk pulang ke kampung halaman. Terutamanya untuk pelajar asrama & IPT yang berjauhan dari kampung halaman.

1. Rancang tarikh & waktu perjalanan anda. Catat butir maklumat anda pada sehelai kertas & bawa bersama ketika membuat tempahan tiket.


2. Tempah tiket awal-awal.

3. Jangan beli tiket daripada ulat tiket. Ulat tiket ialah orang yang menjual tiket palsu. Mereka tak duduk di kaunter tiket, tapi mencari pelanggan di luar stesen bas. Jangan beli tiket selain dari kaunter tiket atau secara online.

4. Jika ada kanak-kanak bersama anda, pastikan anda maklumkan kepada petugas tiket bas. Kerana harga tiket untuk dewasa & kanak-kanak berbeza. Anda pasti tidak mahu membeli tiket untuk kanak-kanak dengan harga dewasa.

5. Pastikan harga dahulu sebelum cakap "okay". Jangan sampai tiket sudah print out, baru tanya harga. Ada kemungkinan anda lari bajet. Jadi, pastikan harga sebelum anda bersetuju dengan tiket anda.

6. Pastikan anda simpan tiket anda seeloknya, jangan sampai hilang atau lupa di mana anda letak. Dan pastikan tiket bersama anda sebelum anda bergerak ke stesen bas atau perhentian bas.

7. Tiba di terminal bas sekurang-kurangnya 30 - 15 minit awal sebelum masa berlepas. Jangkakan kemungkinan anda tersangkut dalam perjalanan ke stesen bas. Maklumlah, raya dah semakin dekat.

8. Sentiasa pastikan bagasi anda dikunci & sentiasa awasi barangan anda. Jangan lupa, tandakan bagasi anda dengan penanda yang ada boleh cam. Bimbang nanti tertukar bagasi dengan penumpang lain.

Kongsikan di wall anda agar ramai mendapat manfaat daripada tulisan kali ini.

-Kai-


lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...