loading...

Demi Pikat Suami, Sharifah Shahora Jaga Badan

Pernah mengalami keretakan rumah tangga kerana disebabkan kehadiran wanita lain di dalam kelurganya sebelum ini, pelakon Sharifah Shahora mengakui bahawa dia kini sudah mula menjaga badan bagi mengelakkan perkara yang sama terjadi.

BACA: Sharifah Shahora Akui Silap Buka Aib Suami

“Alhamdulillah keadaan sekarang sudah kembali tenang dan rumah tangga kami bahagia. Saya juga kini rajin ‘pasang badan’ untuk suami kerana sebagai isteri saya juga perlu main peranan dalam memikat suami,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambahnya, walaupun bulan Ramadan kali ini dia tidak berpeluang untuk berpuasa bersama suaminya, Raja Mukhriz kerana terlibat dalam penggambaran namun perkara tersebut sebenarnya membuatkan mereka semakin rapat.

“Dulu kalau nak hantar mesej pun susah tetapi sekarang sejam sekali tanya khabar, hantar gambar dan walaupun berjauhan terasa dekat pula dengan suami. Hampir dua bulan dia berada di sana kerana menjalani penggambaran sebuah dokumentari tetapi Insya-Allah hari raya nanti dia akan pulang,” katanya. (rtky/s)

7- Demi Pikat Suami, Sharifah Shahora Jaga Badan - ROTIKAYA 6- Demi Pikat Suami, Sharifah Shahora Jaga Badan - ROTIKAYA 4- Demi Pikat Suami, Sharifah Shahora Jaga Badan - ROTIKAYA 3- Demi Pikat Suami, Sharifah Shahora Jaga Badan - ROTIKAYA 2- Demi Pikat Suami, Sharifah Shahora Jaga Badan - ROTIKAYA 1- Demi Pikat Suami, Sharifah Shahora Jaga Badan - ROTIKAYA

lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...