ASIR GUDANG – UMNO Johor akur dengan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO memecat keahlian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta menggantung keahlian Datuk Seri Shafie Apdal, semalam.
Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, UMNO Johor menerima keputusan MT dan merakam ucapan terima kasih tidak terhingga atas segala jasa dan sumbangan ketiga-tiga ahli UMNO itu, khususnya Muhyiddin.
“UMNO dan mereka telah memilih jalan dan haluan masing-masing. Semoga dalam haluan yang berbeza ini, ia tidak menjadi penamat kepada segala ikhtiar dan perjuangan masing-masing dalam mengangkat kedudukan terbaik orang Melayu.
“Semoga keputusan paling sukar, namun paling perlu ini membuahkan hikmah yang akan mengukuhkan dan membawa manfaat serta kebaikan jua kepada UMNO secara keseluruhan, ” katanya pada sidang media selepas program Ziarah Aidilfitri 2016 anjuran Yayasan Pasir Gudang di sini hari ini. – Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW