SERDANG – Kejadian letupan yang mengakibatkan empat lelaki dan empat wanita cedera dalam kejadian di sebuah pub di IOI Boulevard, Bandar Puchong Jaya, di sini pagi tadi bukan dilakukan kumpulan pengganas.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, sebaliknya, polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan menjurus kepada motif persaingan perniagaan ataupun permusuhan antara individu.
Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
Selain itu, beliau turut mengesahkan
Kesemua mangsa yang cedera termasuk seorang wanita warga China kini dihantar ke Hospital Serdang dan Hospital Sunway untuk mendapatkan rawatan.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi, pengunjung pub itu dikejutkan dengan satu letupan yang dipercayai dilemparkan oleh seorang suspek.
Ketika kejadian, pub berkenaan dipenuhi orang ramai yang menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016. – UTUSAN
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Lelaki Kena Denda Rm3,500 Akibat Hentak Pemandu Ke ...

Unfollow & Padam Gambar Bersama, Percintaan ...

Plus Jangka Lebuh Raya Sesak Dengan Lebih 2 Juta K ...

Bukan Negaraku Tapi Allah Lanjutkan Usia Sultan, L ...