loading...

Video: Pemecatan Muhyiddin, Mukhriz Tak Jejas PRU Akan Datang – Idris Jusoh

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR –  Tindakan pemecatan kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak akan memberi kesan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

 

Beliau berkata, corak Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar, Kuala Kangsar dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak jelas menunjukkan sambutan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) masih utuh.

 

“Jika kita lihat PRK Sungai besar dan Kapar, kita menang dan menang dengan majoriti yang memberangsangkan.

 

“Ini menyatakan bahawa rakyat masih bersama BN dan terus memberi sokongan yang penuh dan jitu kepada BN,”katanya di temui di Majlis Berbuka Puasa bersama anak Terengganu, disini, semalam.

 

Ditanya mengenai kemenangan itu adakah ia berkait rapat dengan pecahan daripada PAS dan PAN, beliau berkata apa juga sebabnya, jelas (membuktikan) PRN dan PRK lalu, menggambarkan sokongan rakyat kepada BN terus jitu dan memberangsangkan.

 

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz dua hari lalu, beliau berkata Presiden Umno (Datuk Seri Najib Tun Razak) telah memberikan peluang, malangnya tindakan kedua-dua mereka (Muhyiddin, Mukhriz) melakukan kesalahan disiplin yang amat ketara kerana berkongsi pentas dengan pembangkang.

 

“Selepas perhimpunan agong yang lalu, YAB presiden telah ‘buka tangan’ untuk kita bersatu, tapi malangnya kita lihat ia tidak berlaku sehingga yang terakhir berlaku naik pentas pembangkang.

 

“Ini bercanggah dengan disiplin Umno, jadi semalam kita sebulat suara membuat ketetapan dalam MT bagi pemecatan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz,”katanya.-SuaraTV

 

 

Video menyusul.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...