loading...

Video: Makan ‘Dedak’ Najib Ibarat Binatang – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR -“Ha, dedaklah ni. Dedak ni dahsyat. Dedak ni makanan binatang, apabila kamu makan dedak, samalah dengan binatang,”kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahut sorakan daripada hadirin di Kongres Rakyat, semalam.

 

Tun Mahathir menyifatkan pimpinan bawahan yang makan ‘dedak’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai binatang.

 

Beliau turut melabelkan pimpinan yang senyap dan tidak bertindak menegur Najib, telah menerima wang sogokan.

 

“Apabila saya nampak orang itu senyap, tak kata apa-apa walhal dia punya pemimpin melakukan jenayah, saya ingat ada sebab. Ada terima (wang) sedikit sebanyak,”katanya.

 

 

Sehubungan itu, Tun Mahathir mengakui mempunyai sifat buruk hati kerana banyak membuat penilaian melalui perlakuan yang ditunjukkan pimpinan bawahan.

 

Terdahulu, beliau juga pernah membuat banyak penilaian buruk terhadap bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor sebuah blog.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...