loading...

Syed Saddiq Akui Pernah Digelar ‘Penjilat Najib’

KUALA LUMPUR – Ketua kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 23, setahun lalu, dia menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘Genuine Reformis.

 

Syed Saddiq berkata disebabkan terlalu menghormati Najib dia pernah digelar sebagai ‘Penjilat’ ketika itu.

 

“Ramai yang kata saya penjilat Datuk Seri Najib sebelum ini. Saya sangat menghormatinya dan memberi sokongan kepadanya kerana dia disifatkan sebagai ‘Genuine Reformis’ kerana telah membuat pindaan AUKU, Freedom of Assembly dan ISA tapi disebabkan 1MDB saya tak dapat bertahan,” katanya di Majlis Gerakan Selatkan Malaysia sebentar tadi.

 

Sebelum ini, Syed Saddiq merupakan seorang daripada wakil belia yang menandatangani perjanjian Deklerasi Rakyat.

 

Dia turut menyokong kempen menggulingkan Najib di setiap kempen Gerakan Selamatkan Rakyat melalui platform perbahasan dan sebagainya.

 

Terdahulu, Syed Saddiq mengakui pergi ke sebuah kelab malam ketika mewakili negara dalam satu pertandingan debat seperti yang didedahkan oleh sebuah blog sebelum ini .- SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...