loading...

“Saya Mesra Peminat Bukan Mahu Raih Undi”

Walaupun Anugerah Meletop ERA 2016 (AME 2016) sudah lama melabuhkan tirainya, masih ada lagi pihak yang mempertikaikan kemenangan selebriti popular, Ayda Jebat yang berjaya membolot empat anugerah.

Menerusi Harian Metro, Ayda Jebat menjelaskan bahawa beliau ikhlas menjalinkan hubungan mesra dengan peminatnya tanpa mempunyai agenda tersembunyi seperti mahu meraih undi.

BACA: Walau Menang Anugerah, Ayda Jebat Tertekan Dikritik

“Tiada sekelumit niat pun dalam hati saya menjalin hubungan mesra dan baik dengan peminat semata-mata mahu memancing undi mereka. Sebagai selebriti yang baru membina nama dalam karier seni, sejujurnya kemesraan saya dengan peminat itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih”

“Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan padu diberi peminat yang menerima baik hasil kerja saya selama ini. Tanpa sokongan peminat, saya pasti takkan berada pada tahap seperti sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Ayda Jebat akui turut merasa tertekan dengan kritikan dan tomahan yang dilemparkan kepadanya selepas memenangi anugerah di majlis terbabit. Bagaimanapun, Ayda tidak ambil pusing tentang perkara berkenaan. (rkty/w)

1169761_1696645637220441_1378107471_n 10724995_1684221331851366_1375853239_n 12479381_1528328627464002_402879401_n 12747642_1693509840932026_1361309520_n 12819104_900189556769119_1363166364_n 12918657_592502120904766_513609488_n
Previous
Next Post »
loading...