loading...

Polis Teliti Ucapan Kongres Rakyat 2016

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan meneliti semua rakaman ucapan pemimpin parti politik dan NGO pada Kongres Rakyat 2016, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam semalam.

 

Ujarnya, polis akan mengambil tindakan sewajarya terhadap mereka yang terbabit sekiranya mendapati ada ucapan berunsurkan hasutan.

 

“Kita akan kaji semua ucapan itu dulu dan jika ada yang berunsur hasutan, sudah tentu mereka menjemput masalah.

 

“Ini termasuklah penganjur Kongres berkenaan,” katanya dipetik Berita Harian.

 

Pada Kongres Rakyat 2016 semalam, seramai 19 pemimpin hadir menyampaikan ucapan perbahasan bagi menuntut pengunduran Datuk Seri Mohd Najib Razak selaku Perdana Menteri.

 

Antaranya mantan Perdana Menteri yang juga peneraju Gerakan Selamatkan Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

 

Kongres tersebut adalah susulan daripada Deklarasi Rakyat yang dilancarkan awal bulan ini.

Previous
Next Post »
loading...