loading...

Pelawak Hina Titah Sultan Perak

KUALA LUMPUR – Seorang pelawak terkenal Malaysia, Patrick Teoh telah menghina titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam muat naik status dalam akaun Facebook milik pelawak tersebut.

 

Dalam status tersebut, beliau telah menulis status yang memerli artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.

 

“Hari ini punya tajuk berita hari ini berkemungkinan untuk membuat anda menyeru, anda pasti bergurau,” katanya.

 

Status beliau ini disertakan pautan kepada artikel Utusan Malaysia.

 

Status ini telah menarik perhatian pengikut beliau di laman facebook dan beberapa dari mereka memuat naik komen terhadap status berkenaan seperti yang dilakukan oleh Cheng Kim Sing.

 

“Entah bagaimana pihaknya terhutang perlu dibayar balik,” katanya.

 

Reid Lee turut bersetuju dengan status beliau dan mempersoalkan tajuk yang digunakan oleh artikel berkenaan yang ternyata berbaur perkauman.

 

“Dengan menyatakan ‘Agenda Melayu’ itu sudah membuktikan bahawa ia berbaur perkauman? saya keliru,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Acedia Nazrul Amri Tristitia bagaimanapun mempunyai pandangan yang tersendiri terhadap status yang dimuat naik oleh Patrick.

 

“Dan mengapa tidak ? Sistem ini di sini mewajarkan ketuanan Melayu kecuali minoriti boleh mengadakan pemberontakan seperti krisis gaya Syria,” katanya.

Previous
Next Post »
loading...