KUALA LUMPUR: Satu peristiwa menyayat hati yang melibatan seorang warga emas telah dimuat naik oleh seorang peguna Facebook.
Pemilik akaun Facebook, Muaz Aziz, telah menceritakan peristiwa yang berlaku ketika beliau memandu kereta dan seorang mak cik berulang kali mengetuk cerimin kereta miliknya.
Pada mulanya beliau menyangkakan mak cik tersebut ingin menjual keropok seperti yang biasa dilakukan oleh penjual-penjual ditepi jalan.
Namun pandangan beliau meleset apabila mak cik berkenaan sebenarnya ingin memberi sedekah kepada anaknya yang masih bayi.
Mak cik yang berdarah Patani itu kemudian berlalu pergi setelah memberi wang kepadanya namun dipanggil kembali oleh Muaz dan isterinya dan mahu membeli keropok dari mak cik tersebut.
Status yang dimuat naik ini menarik perhatian netizen dan beberapa komen menarik telah dimuat naik seperti yang dilakukan Abu Bakar Omar Salleh.
“Saya dan keluarga sering juga terjumpa makcik macam ni berniaga….memang ada waktu saya tak ambil keropok tu .. beri sekadar yang termampu. ..wang yang ada….fikir dan renung andai mak kita…nenek kita @ saudara islam kita.” katanya.
Yana Zaraa Prubsn pula memuat naik komen bahawa beliau akan menyokong perniagaan seperti ini.
“Huhu sedih..saya kalau nampak makcik-makcik jual kopok ni memang saya wajib beli, bukan nak makan sangat pun tp saja nak sedekah kat dia.kesian tengok, support dia berniaga.” ujarnya.