Kuala Lumpur – Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan mengadakan perjumpaan bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan gerakan untuk mengulingkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Menurut sumber dalam parti itu yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi berkata, satu perjumpaan tertutup akan diadakan dalam waktu terdekat bagi membincangkan agenda tersebut.
“Perjumpaan tertutup itu akan diadakan sebelum Muhyiddin membuat sidang akhbar khas Khamis ini bagi membincangkan gerakan untuk memastikan Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Terdahulu Kit Siang mengesahkan telah mengadakan perjumpaan dan rundingan bersama Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mencari kesepakatan dengan DAP untuk menjatuhkan Najib
Kit Siang turut menyifatkan perjumpaan yang diadakan sebelum Mahathir membuat pengumuman untuk keluar Umno untuk kali kedua itu sebagai “positif’ dalam merungkai kemelut politik negara.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL