loading...

Ini Sebab Ibu Ayah Kena Elak Membanding Anak-Anak. Salah Cara Hukum & Kritik Boleh Bunuh Kepercayaan Dirinya!

Membandingkan anak dengan orang lain, paling dekat ialah adik beradiknya menjadi satu perkara yang biasa dilakukan dalam keluarga. Tahukah anda, perkara ini memberikan impak yang tidak baik kepada perkembangan diri dan emosi mereka?

Membina emosi yang stabil sama seperti memberikan makanan yang berkhasiat supaya tubuh anak menjadi sihat. Namun, mungkin tidak ramai yang tahu yang kanak-kanak sebenarnya tidak boleh menilai dirinya sendiri sebaliknya menterjemahkan harga diri mereka menerusi penilaian orang lain terhadap diri mereka.

Nurhidayah Jaafar berkongsi informasi berkenaan dengan impak daripada respons negatif yang diterima daripada orang di sekeliling menjadikan kanak-kanak memandang diri sebagai seorang yang menyusahkan, tidak berguna, tidak pandai dan sebagainya. Berikut ialah perkongsian beliau;

KANAK-KANAK BELUM PANDAI MENILAI

Kanak-kanak belum pandai menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri.

Mereka bergantung kepada penilaian orang yang rapat seperti ibu bapa, guru, adik-beradik dan kawan-kawan.

3 CARA MAKLUMAT POSITIF DAN NEGATIF TENTANG DIRI DIKUTIP

Pada usia ini, mereka mendapat maklumat positif dan negatif tentang diri mereka dari:

#1. Pendapat orang lain tentang diri mereka, sama ada baik atau buruk.

#2.Ucapan yang membanding-bandingkan diri mereka dengan adik-beradik dan kawan-kawan yang lain.

#3. Respon yang diterima apabila mereka menunjukkan tingkah laku tertentu. Sekiranya, ibu bapa dan guru-guru kerap memuji kanak-kanak dengan berkata, “Kamu rajin dan pintar”, itulah yang mempengaruhi keyakinan dirinya bahawa dia budak rajin dan pintar.

#4. Sebaliknya, hukuman, komplen dan kritikan boleh membunuh daya-percaya dirinya.

Di sekolah cikgu marah-marah, “Kamu ini memang susah nak faham apa yang cikgu ajar!”

Kerja sekolah tak siap, kawan sekolah ketawakan dia, “Haha! Padan muka kena denda!”

Balik rumah, emak pula berleter, “Penatlah ibu cakap dengan kamu nih!”

IMPAK KEPADA DIRI KANAK-KANAK

Itu semua maklumat negatif yang menjadikan mereka percaya….

  • Dirinya tidak berguna.
  • Dia tidak pandai sekolah.
  • Dia anak yang menyusahkan.
  • Dia tidak ada kejayaan yang boleh dibanggakan, serupa macam adik-beradiknya yang lain.

Maksud yang lebih mudah;

Kata-kata positif dan negatif yang keluar dari mulut orang lain membentuk kepercayaan dirinya bahawa:

“SIAPA SAYA SEBENARNYA?”

Sumber: Nurhidayah Jaafar, Mendidik Gaya Nabi

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...