loading...

Kenapa Anak Kerap Demam, Batuk Dan Selesema? Doktor Kongsikan Ini Antara Puncanya

Kenapa anak kerap demam, batuk dan selesema. Persoalan ini selalu bermain di kalangan para ibu bapa. Kadang tu ibu bapa pun jadi buntu.

Bukan apa, sebab apabila anak-anak jatuh sakit, kitalah insan yang paling sibuk bekerja memastikan anak-anak berada dalam keadaan selesa dan selamat. Sampai tak tidur malam dibuatnya.

Cuba lihat 5 perkara ini!

  1. Selalu dibawa ke tempat ramai orang. Jangkitan virus mudah berlaku apabila anak kita terdedah kepada orang ramai. Titisan cecair ketika batuk dan bersin boleh mengakibatkan penularan kuman.
  2. Pengudaran di dalam rumah yang kurang baik. Pastikan tingkap dibuka, ruang tidak terlalu tertutup, ada ruang untuk udara keluar masuk.
  3. Terdedah kepada mereka yang sedang alami jangkitan. Ini akan meningkatkan risiko anak kita turut mendapat jangkitan. Cuba jauhkan daripada anak-anak kecil lain sekiranya mereka sedang alami flu dan demam.
  4. Kebersihan diri yang kurang dijaga. Sebaik keluar tandas atau bilik air, pastikan tangan dibasuh bersih-bersih dengan sabun. Jangkitan boleh merebak secara terus atau secara tidak langsung seperti meja makan, alat permainan, tombol pintu, stroller dan sebagainya.
  5. Lewat dibawa berjumpa doktor. Sekiranya anda mendapati anak anda tidak sembuh walau sudah memberi rawatan awal di rumah, jangan tunggu lagi. Bawa segera berjumpa doktor. Rawatan awal amat membantu.

Sumber: Dr Ezairy M.Sallih

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...