Sebelum ada anak, selepas ada anak perbezaan ketara bagi seorang wanita adalah suaranya yang lantang. Tanyalah mana-mana wanita pun ini antara salah satu perubahan besar. Bukan saja-saja tapi ia berlaku tanpa sedar.
Ramai yang rasa kelantangan suara ini secara automatik berlaku walaupun ia dah cuba dikawal sebaik mungkin. Keadaan ni berlaku apabila melihat rumah bersepah, mengawal anak-anak yang mungkin sedikit mencabar kesabaran dan beberapa faktor lain.
Ibaratnya orang cakap suara ibu lagi kuat berbanding ayah bila berdepan situasi yang tak dijangka dalam rumah.
Bagaimanapun bila anak tidur, perasaan menyesal, kesian pada anak mulalah datang dalam diri. Bak kata orang ibu pula ‘berperang’ dengan jiwa sendiri kerana keterlanjuran memarahi anak-anak sebelum itu.
Namun berdasarkan pendapat dari Dr Taufiq Razif, tak salah jika sekali sekala ibu menjadi tarzan. Asalkan beberapa aspek ini kena diambil kira supaya hubungan kita dengan anak tak terjejas dan tak melampui batas sehingga memberi kesan pada emosi anak.
+ Seimbang dengan pelukan kasih sayang
+ Fahamkan anak tentang kepenatan kita
+ Minta maaf jika tersalah melampaui batas
+ Pandai ubati kembali kecederaan emosi anak
Dan lebih bertuah lagi kalau mempunyai :
+ Anak yang faham emosi & situasi kita
+ Keluarga yang pandai memujuk
+ Pasangan hidup yang sudi mendengar luahan dan bebelan kita
+ Pasangan hidup yang sudi meringankan bebanan pekerjaan rumahtangga kita
Tapi yang terbaik adalah :
+ Kita belajar cara kawal emosi kita
+ Kita faham personaliti diri kita
Kita tanamkan azam supaya TARZAN STATE ini perlahan lahan berubah menjadi CINDERELLA STATE demi kehidupan yang lebih tenang dan tak menyakitkan psikologi dan jiwa!
Paling penting suami janganlah tengok saja tapi cuba sama-sama bantu apa yang patut agar mood isteri berada dalam keadaan baik dan semuanya berjalan lancar.
Sumber: Dr Taufiq Razif