
SHAH ALAM: Kongres Nasional PKR 2018 yang pertama kali diadakan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berlangsung hari ini, dengan tumpuan pastinya terarah kepada ucapan dasar presiden.
Selain akan membentuk hala
Ucapan bagi membuka tirai secara rasmi kongres dua hari berkenaan dijadual bermula 9.25 pagi, sebelum diteruskan dengan penyampaian anugerah dan perbahasan ucapan dasar.
Kongres kali ke-13 itu juga akan memperkenalkan barisan kepemimpinan tertinggi PKR, esok yang antara lain menyaksikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai presiden parti baharu selepas menang tanpa ditandingi.
Anwar, baru-baru ini dipilih menjadi wakil rakyat selepas menang kerusi Parlimen Port Dickson dalam pertandingan tujuh penjuru dijadualkan menyampaikan ucapan penangguhan presiden baharu pada sebelah petang sebelum persidangan ditangguhkan jam 4 petang.
Seramai 2,735 perwakilan menyertai kongres berkenaan yang bermula dengan kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita semalam.

Pokok Tumbang Keluar Api ...

[video] Berani Kerana Benar! Pertama Kali Kpdn ...

Comel Pun Dah Cukup.. Sandara Park Akui Bermin ...

Pemuda Bersatu Gesa Anwar Batalkan Cuti Rafizi ...