loading...

Jovian Excited Jeanelle Dah Mula Berjalan Sendiri! Batalkan Semua Meeting & Terus Balik Rumah

Ibu bapa mesti excited melihat bila anak mula berjalan sendiri. Another milestone achieved! Seronok bukan kepalang melihat si kecil mencapai kebolehan diri yang terbaru. Momen inilah yang sedang dirasai Jovian, menjadi proud daddy kepada  Jeanelle Nika Mandagie yang mula berjalan sejak semalam.

Pereka fesyen & usahawan, Dato’ Jovian Mandagie seorang bapa yang penyayang & punyai bonding yang kuat dengan anaknya. Sanggup dia batalkan semua mesyuarat apabila isteri, Datin Nina Ismail Sabri memaklumkan si buah hati mereka  Jeanelle Nika Mandagie mula berjalan. Dia mala terus pulang ke rumah untuk menyaksikan sendiri puterinya itu mula berjalan.

Dalam video yang dimuatnaik, bapa ini kelihatan gembira bukan kepalang melihat anak kecilnya berjalan sendiri. Jeanelle dalam video tersebut juga teruja dengan kebolehan terbarunya kerana berjalan dan belajar mengimbangi badan.

Bila dilepaskan sahaja, dia terus yakin berjalan ke depan. Jeanelle yang baru menyambut ulangtahun kelahiran pertama pada 1 November lalu nampaknya seorang bayi yang berani!

jmandagie Rushed back home and cancelled all my night meetings as @ninaismailsabri told me that J has started to walk on her own!

And here i am a proud daddy seeing her walking bravely just like a supermodel! Love you so much @princessmandagie

Para follower juga cukup excited dan melahirkan perasaan sebaik melihat dengan perkembangan terbaru Jeanelle ini. Ada juga yang berseloroh agar kedua ibu bapa ini bersiap sedia dengan running shoes untuk mengejar Jeanelle nanti.

Sumber: jmandagie

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...