Apabila anak tak sihat seperti demam, selsema dan batuk, rutin yang biasa dilakukan bawa jumpa doktor atau beri makan ubat dengan niat supaya cepat sihat. Cara itu dah bagus cuma ada lagi satu tip yang mudah iaitu dengan mandikan anak dengan kerap.
Bukan hanya demam sahaja, untuk anak selsema dan batuk pun boleh diamalkan sebagai salah satu ikhtiar selain bergantung dengan ubat semata-mata.
Jika anak demam pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.
Bila selsema tetap mandikan 3 kali sehari supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu-ibu hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, Alhamdulillah maksimum kena pun 3 hari.
Batuk tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar dan bila tidur malam, sapukan minyak telon dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak.
(Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak dia dah longgar tepuk belakang anak everytime dia batuk takpe dia muntah lebih baik jadi semua lendir-lendir tu keluar)
Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.
Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun-ubun anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.
Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi. Jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..
Even doktor turut pesan, jika anak demam pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap.
Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.
Sumber: Fizio Rehab Centre – Physio & Sports