
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau menyuruh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membubarkan UMNO kerana parti itu sudah tiada.
“Secara benar, sudah tiada UMNO cuma satu badan, prinsip perjuangannya sudah tidak ada. Apa perlunya ahli UMNO kekal dalam parti yang sudah tinggal perjuangannya, yang utamakan duit, ‘cash is king’?
“Sebab itu, UMNO yang semacam itu perlu dibubar,” katanya dalam rakaman video temubual yang dimuat naik di media sosial BERSATU, hari ini.
Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden UMNO itu sebelum ini bahawa beliau diminta membubarkan UMNO dan menyertai BERSATU.
Perdana Menteri berkata, UMNO yang dipandang tinggi sebelum ini kini dipandang jijik oleh semua kaum di negara ini.
“Dulu, UMNO tidak pernah kalah. UMNO kalah sejak menyeleweng disebabkan pemimpin mengutamakan duit daripada perjuangan,” katanya.

Selepas 7 Tahun Debut, (g)i-dle Umum Dah Tukar Nam ...

Perbuatan Jenayah Hanya Kes Cubaan Samun Di Sebuah ...

Epermohonan Jpa: Senarai Tajaan & Cara Memohon ...

Juara 13 Kali, China Lawan Malaysia Di Suku Akhir ...