Flashcard atau kad imbasan memaparkan gambar objek, huruf atau nombor selalu digunakan kepada bayi. Ia sangat bermanfaat kerana boleh memperkayakan tatabahasa si manja. Tapi adakah memperkenalkan flashcard seawal usia masih bayi itu tepat, sedangkan mereka memerlukan rangsangan yang lebih dari itu?
Puan Farhan, ibu kepada dua orang anak dan juga bertugas sebagai kaunselor mempunyai pendapatnya mengenai perkara ini. Katanya, pada usia yang masih kecil, bayi mahu berinteraksi dengan ibu dan ayahnya.
Pengenalan kepada flashcard dilewatkan sehingga anak boleh bercakap sebaliknya lakukan 3 perkara ini terlebih dahulu.
Saya masih ingat, ketika saya mendapat anak pertama saya teruja untuk membeli bermacam jenis flashcard. Asal pergi ke kedai beli flashcard.
Ketika anak masih kecil, sibuk mengagah saya, tetapi saya pula sibuk guna flashcard. Konon nak jadikan anak pandai
Tetapi, setelah anak saya membesar flashcard yang saya beli ketika dia baby itu tidak mampu lagi menarik perhatian dia.
Dia lebih suka belajar dan meneroka alam sekeliling. Ketika itu saya baru sedar rupa-rupanya apa yang ada di sekeliling dia lebih menarik berbanding dengan kepingan kertas flashcard itu!
Mungkin ketika baby itu, kalau dia boleh bercakap dia akan cakap
“Boringnya ibu”
Orang nak tengok muka dia puas puas dia pergi tunjuk flashcard pulak.
Banyak juga kajian yang saya baca yang menyatakan bahawa flash card tidak lah membantu mengaktifkan otak baby pun. Lebih lebih lagi pada baby yang belum boleh bercakap.
Tapi tapi, biasalah bila tengok orang sekeliling beli flashcard kita akan rasa macam bersalah bila tak beli untuk anak.
Jadi, letak tepi flashcard dan abaikan dahulu benda tu.
Jadi, bagaimana kita mahu ajar anak kita kalau tak guna flashcard.
Untuk pengetahuan ibu dan ayah semua. Antara perkara yang paling membantu anak anak anda menjadi bijak adalah apabila anda…
SELALU BERCAKAP DENGAN ANAK ANAK
Bercakap ini merupakan asas pembelajaran untuk anak anak. Anak akan belajar membina vocab dari apa yang keluar kita. Semakin kerap dan banyak kita berkomunikasi dengan anak anak, semakin banyak anak akan belajar dan mudah memahami apa yang kita ucapkan.
Apa yang kita sebut ini juga akan kekal dalam ingatan anak anak.
Seorang pakar psikologi bernama Anne Fernald ada menyatakan bahawa, keperluan untuk ibu ayah berkomunikasi dengan anak itu sama penting dengan beri susu/makanan untuk anak anak. Maknanya apa tu? Basic needs lah kan?
Tak nak cakap boleh je nak menyanyi ke nak mengaji ke…
Sukahati
GUNA APA YANG ADA DI SEKELILING
Apabila kita mahu mengajar anak anak, adalah lebih baik kita menggunakan ‘real things’ yang ada di sekeliling. Itu lebih baik berbanding kita menggunakan keping kertas.
Katakan kalau kita mahu ajar ini apple, belikan buah epal.
Tunjuk pada anak, beri anak pegang, rasa dan bau. Pembelajaran itu akan lebih berkesan sekiranya segala deria anak digunakan. Maksudnya kita guna deria bau,mata, sentuhan dan sebagainya.
Bayangkan kalau kita beri sekeping flashcard, anak hanya akan nampak gambar.
Anak tidak dapat pegang dan rasa.
Apatah lagi untuk mencium baunya.
Adakah anak akan seronok?
Jadi, tugas anda selongkar kotak mainan anak, cari bahan di dapur, bilik air mahu pun stor untuk anak anak belajar.
Sambil sambil masak, tunjuk pada anak ini tomato, ini potato.
Macam saya sendiri, bila masak saya akn sebut satu satu.
Katakan nak masak sup
“Ok anak anak, hari ni ibu nak masak sup. Ini namanya potato. Ini chicken, ini bawang”
Tunjuk lah seketul seketul. Mulut mak mak memang bising kan 😋😋 Sambil tunjuk adalah yang akan ambil tomato tu dan gigit. 😅😅
SELALU BERMAIN DENGAN MEMELUK ANAK
Antara utama untuk anak belajar adalah bermain. Tugas anak kecil hanya bermain dan sudah pasti teman yang paling rapat untuk mereka bermain adalah ibu dan ayah.
Agah mereka, bergolek bersama sama.
Buat muka senyum, sedih, geram, marah untuk ajar tentang emosi. Gelak bersama sama ha-ha-ha.
Pegang tangan, kaki dan hidung anak anak, ajarkan tentang anggota tubuh.
Lompat , panjat dan berlari
Tunjukkan kereta lori dan bas saat di jalan raya.
Bawa mereka ke taman dan pantai.
Agar mereka dapat rasa bagaimana rasanya rumput dan pasir pantai.
Agar mereka dapat mencium bau rumput dan bunga
Agar mereka dapat melihat birunya air pantai…
Terlalu banyak sebenarnya untuk mereka belajar bersama kita di alam nyata.
Disitulah mereka akan belajar banyak hal. Ditambah pula kebersamaan ibu bapa, pastinya mereka akan lebih teruja untuk belajar.💖
Dalam masa yang sama bonding dan attachment yang terbina saat membuat aktiviti bersama juga akan membuatkan anak lebih menyerap ilmu di sekeliling( Apabila anak berasa selamat/disayangi mereka akan mampu untuk mempersiapkan diri mereka untuk belajar)
BUKAN ANTI FLASH CARD!
Sebenarnya, saya bukan anti flashcard. Bukan!
dan saya tak kata flashcard itu memang tak bagus langsung
Cuma, anak kita perlukan lebih dari flashcard untuk belajar sesuatu yang lebih bermakna.
Untuk permulaan , letak tepi dahulu flashcard dan beri anak peluang untuk belajar dengan lebih menarik dan seronok mengikut usianya.
Apabila dia sudah besar sedikit, nak beli and nak ajar anak sambil dia main main boleh saja. Yang penting dia kenal lebih banyak benda yang real berbanding gambar di, atas kertas.
Nota kaki:
Flashcard ataupun buku sebenarnya tak ada masalah, cuma utamakan yang lebih penting dan jangan terlalu taksub dengan hal itu.
Kalau beli sekadar untuk anak tengok sambil main main pada saya ok sahaja. Yang jadi isu bila anak siapa ada waktu khas untuk belajar flashcard. Kesian otak anak yang masih baby. Banyak benda lagi dia nak isi tau.
Anak saya yang kedua, saya kenalkan apa yang ada disekeliling dahulu, ternyata dia lebih seronok apabila tengok buku, sebab dia dah lihat benda itu dunia sebenar.
Apa pun ini hanya sekadar perkongsian ilmu dan pengalaman. Saya tidak mengatakan pendapat ini sahaja yang benar benar terbaik. Cuma, lihat dan pandang anak dalam-dalam, anda akan tahu apa yang dia perlukan sebenarnya.
Sumber: Puan Farhan