loading...

Rangsang Kekuatan Tangan Anak Dengan ‘Pincer Grasp’, Cabut Tape Je, Mudah!

Otak anak-anak kecil berfikir bukan seperti kita. Mereka mampu berfikir hebat dan perkembangan otak mereka tersangatlah pantas. Begitu kata doktor dalam beberapa kajian yang dijalankan. Jadi kita kenalah bijak merangsang minda mereka di rumah.

Tak perlukan modal yang mahal melampau, cuma usahakan untuk jadi lebih kreatif seperti yang dikongsikan oleh Dr Aein Zul ini pada anaknya. Jom rangsang anak kita.


‘Jom cabut tape’ bersama Aileen. Aktiviti malam ni simple aje sebelum tidur.
Kita cabut tape hehe. Cabut tape ni modal tak sampai RM3 pun.

Ni pun fine motor skill jugak tapi specifically apa yang anak dapat belajar dengan cabut tape ni adalah kekuatan tangan atau kita panggil pincer grasp.

Pincer grasp ni adalah kekuatan menggunakan jari telunjuk, ibu jari dan kadang-kadang dibantu tangan tengah. Pincer grasp penting tau di awal umur setahun camni sebab nanti anak nak belajar pegang pencil 👍

Aileen suka bebenar sampai tak dan habis mummy tampal tape dia dah cabut dulu…hehe
Nanti boleh try dengan anak mommies-mommies semua ye.

Deco tape set. Beli dekat diy RM 2.99. Ada 9 tape kecil kat dalam boleh habiskan sekali guna. The reason why i chose this one? Kalau tengok tape dia sangat colourful, ada corak menarik & paling penting tekstur tape berlainan: Ada tekstur kasar dan smooth bila pegang
Ni penting untuk sensory skill anak. 

Sesi menampal tape atas lantai, nak tampal atas meja pon boleh ye. Buat pelbagai size ye.

Kat hujung tape tu lipat bagi anak senang tarik. Nanti sebelum mula tunjuk anak kena tarik bahagian tu. 

Posted by AiEn Zul on Thursday, 6 September 2018

Aktiviti bermula. Ready! Go! Motor skill pun di stimulate jugak sebab anak bangun, duduk, merangkak berjalan semua la nak cabut tape. Sebab tu mummy pilih tampal atas mozek je.

Kredit: Aein Zul

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...