
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dinobatkan sebagai Wanita Paling Berpengaruh oleh sebuah organisasi ‘think-tank’ kepenggunaan, Influential Brands.
Pengarah Urusannya, Jorge Rodriguez berkata, Nurul Izzah dianugerahkan pengiktirafan berprestij itu kerana sumbangan berterusan beliau dalam menggalakkan demokrasi dan keadilan.
“Kerja-kerja advokasi beliau yang sudah menjangkau
‘Selain menjadi pemidato awam berkebolehan tinggi, pendekatan yang digunakannya menimbulkan rasa rendah hati, kerja keras, ketabahan, dan semangat yang sangat sepadan dengan ramai pemimpin perniagaan kami dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) terbaik,” katanya memetik laporan Mstar.
Anugerah tersebut disampaikan kepada Nurul Izzah pada Sidang Kemuncak CEO Asia 2018 yang diadakan di Singapura, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nurul Izzah seperti dipetik berkata, beliau menerima anugerah tersebut dengan harapan ia akan membawa kepada pemerkasaan wanita di serata tempat.
Menurutnya, anugerah itu khusus untuk wanita Malaysia yang kuat terdiri daripada pelbagai kaum, pekerjaan dan agama dalam meneruskan pembaharuan untuk Malaysia yang lebih maju dan progresif.
“Lelaki biasa dan wanita Malaysia sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan pembaharuan. Penganugerahan ini sebenarnya milik mereka.
“Pengaruh kita hanya relevan selepas kemampuan kita memberi kuasa kepada mereka yang tidak (boleh) bersuara,” katanya.

Koda Fabia Rs Rally2 Kini Lebih Mantap Dengan Pac ...

Dana Mitra: Wanita Mengaku Tidak Bersalah 3 Pertud ...

Rosyam Nor Puas Dicemuh Netizen, Mahu Tonjol Bakat ...

Abang Bersuara, Dedah Mendiang Sulli Dipaksa Rakam ...